FAMILY THE GREATEST HAPPINESS

Monday 25 April 2011

MENGUJI KESABARANKU

Salam....... walaupun blog aku masih tak ramai pengunjung tp tkpelah.... 
Sedikit-sedikit lama-lama jadi ramai pengunjung mudah-mudahan ~ Hihihi.....
Ari ni aku nak berkongsi beberapa insiden2 yang telah aku lalui....
^^^^ ~~~ Dimulai dengan ujian ~~~ ^^^^

Last 2 weeks ago ari Khamis my hubby mesin rumput kat laman umh and dia tk sempat nk bersihkan 
So abis segala rumput yang dia mesin termsk dlm longkang.. 
Ari jumaat pulk dia gi Kusus di JELEBU, N9.
~~ Nak di jadikan cerita-ceriti ~~
Early morning Sabtu tu aku anta ank gi sek pasal ade kelas tambahan..
Pas2 niat suci aku nak mencuci longkang sambil menunggu ank aku abis kelas kul 10 pg. 
Mase tgh SYOK duk membersih tu... aku pun srh ank aku yg bongsu 
ambik hp sbb nk tgk jam kul berape ;;; 
Bile aku tgk jam lg 15 minit aku pun LETAKLAH HP 
tu dlm poket seluar jeans.. so agk ketat sikit... 
ENTAH MAcamMANA TGH syok 
duk mengais sampah yang ade kat longkang tu... 
TETIBA HP aku terJATUH..... 
tp mase HP tu jatuh  reaksi aku mcm BLUuuuuR jeeeeeeee....
and just tgk HP tu jatuh..... DAhlah longkang tu penuh dgn Air...... 
DLM hati aku habisLAH HP aku.... Then ank aku jerit.....
MAaaaaaa HP mama jatuh tuuuuuuu 
Baru aku tersedar and terus mengais HP keluar....
 beberapa kali aku cuba baru dpt diSelamatkan tp HP tu terlerai dgn Bateri... 
dengan perasan yang sedih + bla.. bla bla  .. 
aku pun lap HP and cuba ON kan... tp tk berjaya........
Aku bukak blk hp tu & cuba jemurrrrr.... Sambil tu aku gi ambik ank di Sekolah...... 
Perasaan aku mase tuuuu tak tau nk cakap............... macam maneeeeeee ,,,,
I feeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeellllllll ?>{"||{{%**&^)__)(*&~@#+
Lps tu dlm tghari aku pun cuba lagi tuk ON HP tu and nampk HASIL berjaya........ 
boleh hidupppp 
tklame tu HP tu abis bateri pulakkkkk........ 
aku try casss and line cas tk MASUKKKKKKK........ hiiiiiiiiiiiiii gerammm
apsal pulak ni........ TENSiooooon balik aku.........
tkpe aku cuba jemur lg HP aku
Dlm pd tu... aku ajk ank2 gi Jln2 kat KB kunuun2 nk servey HP baruuuuu 
Dlm HATI tu terdetik  kat ~ I-PhONE ~.Hiiii bestnyer 
mcm mana aku nk ckp kat hubby aku ni.....nkbeli HP baru....
HP aku yg terEKSIDEN tu Nokia N95
hadiah oleh hubby aku thn 2007.... 
hadiah ANNIVERSARy...
sentimental VAlue sebenarnye HP tuuuuuuu
Aku blk dr KB ptg tu..... terus aku cuba lagi tuk cass HP tu.... 
dengan izin TUHAN Alhamdullillah berjaya...
HP tu dpt dicaskan and bile abis cas dpt ON semula........ 
OKKKKKKKKKKKK HP tu ok 
and memory cardpun ok tkde yang HILANG...........
SYUKUR ke hadrat ILLAHI.......
HP tu kalau jatuh jgn ckplah dah beratus kali jatuh ............
tk rugi kalau kita beli HP yang ORIGINAL... 
Untung BERBALOI-bALOIIIIII......  
Habis cerita yang tu 
niat nk beli HP baru tu berkubur
kita masuk bab ke 2 pulk.... 
Jeng-jeng-jeng !!!!!!!!!!!!!!

Ari Ahad.... aku gi keje mcm biasa...... 
time lunch kul 1 tghari aku selalu blk umh 
sbb tempat keje and umh aku dektttt.... ... 
Mase nk pakai tudung gi keje blk 
bile aku nk pakai spek mata aku.. 
tetiba PATAH lah pulakkkkkkkkk spek mataaaaaaaaa ... 
ADOIIIIIIIIIII apsal LAH pulak ni... 
semlm HP jatuh dlm longkang ari ni SPEK mata pulk pATAH.... 
AKu kalau tkde SPEK taktau nk ckp apeeeeee
SPEK MATA tu mcm nyawa ke DUA bagi AKu........
 sbb Power spek aku tinggi...
AKu cuma tk pakai spek mase mandi and tido jeeeeeeee......
mcm mane nk drive ni gi keje balk ni.... 
cuba cari spek lama tk jumpa.... fikir punya fikir
dapat idea......... aku guna celetape... tuk sementara.........
bolehlah pakai spek tu tapi tak SELESA..............
Ujian.... ujian.......... terus call hubby aku report kat dia.... 
dia ckp tunggu dia balik nak buat spek baru.........

SO pagi senin hubby aku blk dari kusus aku cuti 
and terus buat spek BARU.............. 
Spek baru tu.... 3 @ 4 ari baru siap.........  
Masuk kita ke Bab yang seterusnya.................
Spek baru aku lambat siap...... 

Ari SABTU pagi tu aku rase tetiba pulakkkkkkkkkkkkk 
DUGAAN baru sampai............ 
GIGI ku raseeeee semacmmmmmmmmmmmmmmmmm........ 
berdenyut............ sakit....................
tapi masih boleh buat tak tahu.,buat rileksssssss............ 
Aku makn ubt tahan sakit yg ade >>>>


Tghari kedai spek calll ckp Spek dh siap
rupanye cermin aku tu diaorang order kat KL.... 
tu yg lambat siap, ptg tu... pegi lah ambik
SPEK mata baruKU..........
ceeeeeee..... dapat SPEK baru........
I likeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Tak sabar nk tunjuk kat hubby...... 
hubbyku ari SABTu pun dia kejee kul 8.30 mlm baru blk
NK dijadikan CERITAAAAAAA lagi.............. 

Gigiku terasa berdenyut semcm rase tk boleh tahan  tapi
aku gagahkan jugk anta ank gi tuisyen 
mase anta ank gi tuisyen..... rase mcm tk boleh tahan..... 
Dah makan ubat tahan sakit pun tk tahan jugak masuk 5 biji aku makan
aku gi klinik.... mula2 nk mintk ubat je tp doc suruh jumpa.........
Jumpalah doc... dia bagi ubat antibiotik, tahan sakit & tahan bengkak.... 
Aku pun makan ubat tu................
Aku tk cite lah kat hubby pasal gigi aku sakit
Bila hubby aku blk aku buat muka monyok, sedih....
Malammmmm tu tk boleh tido, rase berdenyut sangat...... 
sakit jangan cakaplah.... hanya tuhan yang tahu.......
Jap2 aku kejut hubby aku.....minta maaf kat diaaaaaaa....
 aku memang selalu mcm tuu..... kalau sakit mesti ingat nk MATI............. 
tk tahan dengan dugaan.......... 
tuhan baru duga aku dengan sakit gigi belum lagi dugaan yang lebih besar............ Nauzubillah.......
Muka aku Pagi tu jadi bengkak dari atas bibir, hidung dan pipi sebelah kiri..........
mcm mane nk gi keje mcm ni....aku sambung tido blk  
sambil menunggu hubby  (~ hubby aku gi keje dulu & mintak keluar kul 9.00 pg ~ ) 
sebab nk bawak aku di KLInik Gigi yang memang aku dah biasa dgn doc tu 
iaitu KLINIK GIGI ELVY di Wakaf Baru.....Tumpat...... Kelante.........
Sampai kat klinik tu TUTUP pulak..... ari selasa baru beroperasi.......
kuikuiiiiiiiiiiiiii...... macam mane ni..........
nk gi Klinik lain tk biasa...... then aku ckp kat hubby anta aku kat  
Klinik Gigi Kerajaan kat KOta Bharu jelah... 
Ok servis diaorang.... sebelum ni... mcm2 aku dengar 
pasal klinik gigi kerajaan 
tak eloklah, sakit lah.. bla bla bla.... 
aku rase layanan diaorang tip top ....
 bilik semua airconddddddd selesa........... 
DOc, nurse pun baik.........friendly.. senyum....
Bile doc cek my teeth dia siap buat xray..... 
suggest kat aku buat rawatan akar sbb yang sakit tu gigi depan
takyah cabut.... masih muda lagi >>. ( ye ke muda hehehehe )
and gigi pun elok...... 
dia bagi appointment 9hb mei .... buat sementara mkn ubat dulu..... 

Itulah cerita-ceriti yang aku nk berkongsiiiiiiii....... 
Harap tk memboringkan............ Ahakkkkkkkkssss.........
Itulah juga ujian-ujian kecil yang aku terima dan aku tempuhi........  
Aku bersyukur kepadamu YA ALLAH...
berkat dari ujianmu aku menjadi lebih SABAR...........  
SABAR dengan dugaan yang kau berikan 
baru aku terfikir apa kesalahan yang aku buat yang tidak aku sedari dan terlepas pandang.......
Semoga aku terus menjadi ISteri + Ibu yang solehah, 
INSan yang  TAAT  akan perintahMU......... 
InsyaALLAH amin amin amin YA RABBAL AlaMIiiiiin...... 
Buat SUAMIku semoga dia terus SABAR 
Sabar dengan  pelbagai kerenah 
yang ditempuhi oleh ISTERi mu....... ini      
Aku bersyukur kepadamu YA ALLAH kerana 
telah menemukan aku  dgn suamiku 
Sesungguhnya SUAMIku seorang yang betul2 
PENYABAR............penyayang............. 
Terima kasih atas kurniaan mu YA ALLAH !!!!!!!!!












Friday 22 April 2011

TIPS KEIBUBAPAAN

   Teknik-teknik Praktikal Keibubapaan


Peringkat bayi
      Tunjukkan bahawa anda sayang kepadanya.
      Sentiasa bertenang.
      Menghayati detik-detik bersamanya selalu.
      Mengambil gambarnya apabila anda tertarik dengan gerak-geri atau senyumannya di mana-mana anda berada.
      Memberi anak anda susu ibu.
      Bawa bersiar-siar di taman untuk mengeratkan hubungan
Selalu membaca untuknya.

      Peringkat Kanak-kanak 
    Tunjukkan kasih sayang anda kepadanya.
 Selalu membaca bersamanya.
Belikan permainan yang tidak spesifik   ‘ gender’ 
  Amalkan disiplin secara konsisten.
Didik anak-anak tentang peraturan betul dan salah dalam hidupnya.

Peringkat Remaja
 Teruskan bergambar bersama anak anda.
Bertenang dan elakkan kata-kata yang boleh menyakitkan hatinya.
Menyertai kumpulan sokongan dan kebajikan.
Luangkan masa untuk berkomunikasi dengan anak anda
 Teruskan dengan mengajar anak-anak anda tentang apa yang betul dan salah dalam kehidupan.
Mendengar dan memberi sepenuh perhatian terhadap apa yang dikatakan oleh anak remaja anda. Ini akan membantu anda menunjukkan kasih sayang anda terhadap mereka.
Sumber Dari : Nama: HEE SIEW LING Program M.Ed (Bimbingan dan Kaunseling)

Wednesday 20 April 2011

SIAPAKAH KITA?? SIAPA...YAA??

Sekadar Perkongsian  dan Renungan Kita Bersama
Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang diberi penghidupan tetapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alamin, tuhan sekalian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada tuhannya kecuali Jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Quran dan Hadis dan cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang yang dungu kepala otaknya?
Adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaian itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia didalam kemarahan. Siapakah orang yang lemah? Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalahorang yang berat lidahnya untuk membaca selawat ke atas junjungan Rasulullah SAW.

Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meniliti akan kebesaran Al Quran dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang diberi nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman A.S.

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata "Inna Lillahi Wainna Ilaihi Rajiun". Lalu sambil berkata "Ya Rabbi Aku rheda dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingatkan akan kebesaran tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang yang tidak puas hati dengan nikmat yang ada dan sentiasa berebut-rebut menambahkan hartanya.

Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap sedia untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedangkan akhirat juga kekal abadi.

Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beria-ria berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang yang sentiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang mundur dalam hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak mempedulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat sahaja yang membolehkan akan seseorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya dia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya yakni gila.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu ditipu adalah oarang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua sahaja.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan dimana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.
Semoga Menjadi Panduan dan Titian Menuju KeBAHAGIaN UKHRAWI Yang AbadI


Saturday 16 April 2011

Akademi Fantasia 9


Mlm ni layan AF9, suka sangat kat AFIF
Persembahan dan nyanyian nampak bersahaja...
Terkezut bila Pak Nil kata ada pengguguran pelajar
and terkezut jugak bila Hazama tersenarai pelajar yang akan masuk
Tp suka kat Hazama jugak..Harap dia akan terpilih.....



Friday 15 April 2011

Cara Mengetahui Kek Yang Mengandungi Arak

Pengalaman bekerja di Hotel telah memberi pengalaman yang ingin saya kongsikan bersama pembaca semua. Saya pernah di lemparkan dengan kek yang saya buat kerana tidak mencampurkan wain atau rum.Rasa bersalah sentiasa menghantui kerana bersubahat untuk menghidangkan makanan yang tidak halal kepada orang Islam yang lain. Dengan itu saya berhenti kerja, coz saya rasa ada tempat lain lagi,yang boleh saya dapat rezeki yang halal.

Disini saya perturunkan, bagaimana ingin mengetahui kek yang kita makan mengandungi bahan tersebut. Apabila kek yang ada wain, rasanya seakan-akan masam sedikit. Puas saya fikirkan macaman nak memperjelaskan lagi rasanya.ok la,pernah tak buat Sponge Cake ( Sponge Cake Mix 100 gram, Air 100ml, Telur 100 ml dan Minyak 100 ml), kalau pernah cuba gantikan air dalam resepi, dengan air Pep.. atau Coke. Hasilnya kek kita akan terasa masam-masam sedikit seperti kek yang ada wain. Cubala buat, dan simpan "rasa" itu supaya kita akan lebih berhati-hati lagi dimasa akan datang, dan beritahu rakan2 atau saudara mara.

Untuk pengetahuan, adunan kek biasanya digaul dengan tangan. Oleh itu, berhati-hatilah membeli kek.

Sekian
Chef Farid


Thursday 14 April 2011

LETIHHHH LaGiiiiiiiiiiii

My sleeping partner kena gi Kursus lagi....
Letih datang kembali....semua urusan anak2 aku yg kena handle
anta ank gi sek, tuisyen...masak.....kemas umh..........iron baju ...
Tennnnnnnnsiooooon........... begitulah cabaran untuk menguruskan
RuMAHtanGGa..... kena saling faham memahami......
banyak berSABAR
InsyaALLAH pasti ada pembalasan yang BAIK 
pada kebaikan yang kita buat.
Mudah-mudahan..... Amin...amin Ya Rabbal Alamin.....